MY LOVELY FRIENDS

MY LOVELY FRIENDS

Khamis, 17 Januari 2013

WANITA...

Sebelum, aku ungkap lebih mendalam tentang sisi seorang wanita..aku nk share lirik lagu terbaru KRU yg bertajuk WANITA..

Di sebalik semua lelaki di duniaPastinya didukung seorang wanitaDia berkorban untukMemberi yang mampu Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permataLuangkan masa untuk bersamaBilang padanya kau sayangkan diaSepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah Setia didalam ceria dan gundah Itulah saja balasan dimintaSeorang wanita

Senyumannya mampu mengubati piluKetika dunia tak kelihatan indahWajahnya yang ayu Menenangkan kalbu

Jgn kau hampakan cintanya yang tulusItulah dia seperti dia menyelimutmuItulah saja balasan dimintaSeorang Wanita..

Hebat kn seorang wanita itu???? Kaum Adam mungkin menafikannya, tapi tanya la pada diri anda wahai kaum adam, anda lahir dari rahim seorang wanita yang bergelar ibu.. kelahiran merupakan satu proses yg amat menyakitkan.. Aku rase umum tahu mengenai mati itu menyakitkan..tetapi ada sakit yg akan dialami wanita iaitu proses melahirkan anak.. ia merupakan sakit kedua selepas mati..kaum adam xmerasa sakit ini..Mungkin ini kuasa Allah~ WANITA yg merasainyaaa...:)     
Aku pernah terbaca satu artikell mengenai salah satu keistimewaan wanita yang Allah beri pada seorg wanita.. 99 nama Allah yg indah.. salah satunya Ar-Rahim( Yang Maha Pengasih).. sedar x wahai kaum adam yg pada tiap2 wanita ada rahim yg digunakan untuk menyimpan bayi dengan selamat selama 9 bulan 9 hari..Subhanallah~ Istimewanya wanita ini.. Allah tunjukkan sifah Maha Pengasihnya pada wanita, kenapa tidak pada lelaki????  Cikgu aku pernah bergurau, "Murid2,kenapa  Allah tak jadikan lelaki mengandung???" aku dgn kawan2 aku masih kecil dan xfaham maksud cikgu..jawapan klakar adalah "sebab lelaki buncit, ada baby dalam perut tapi baby 2 xboleh keluar" hmmm, aku pun agak betulla jawapan budak 2.."salahhh! sebab kalau laki beranak, habis bergegar hospital laki jerit sebab sakit".."cikgu,perempuan xjerit ke????".."perempuan ni ada sifat sabar plg tinggi..Allah berikan kesakitan disaat dia melahirkan anak,namun dosanya juga gugur sewaktu dia kesakitan..dan Allah 2 Maha Penyayang, dia bagi penawar kepada kesakitan itu dengan mendengar tangisan bayinya..ketika itu, semua kesakitan akan hilang kerana terlalu gembira.." masa 2, aku tak faham lagi maksud cikgu aku.. aku cuma fikir, cikgu aku menipu je..biasela kanank2..

   Kehidupan ini aku teruskan dengan menjadi seoarang wanita.. Meskipun aku tidak menggemari warna merah jambu seperti wanita2 lain, namun aku ada naluri sebagai seorang wanita.. Okay, teruskan lagi dengan keistimewaan wanita.. Meh bace, satu potongan ayat ni..Insyallah berguna dan dapat memberi input..~ Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”~ Subhanallah..   Sekarang korang faham kn, kenapa korang perlu menyahut ibumu berbanding ayahmu..:D   
   Okay,jom berganjak pada fasa lain sisi seorang wanita..mengenai CINTA..ketulusan cinta seoarang wanita.. Wanita ni ada macam2 jenis kalau bercinta.. Bagi aku, siapa pun dia, ape pun dia, wanita tetap tulus.." WANITA ITU UNIK. KAMU MAMPU MELIHATNYA TERSENYUM SEPANJANG HARI, TANPA MENGETAHUI DIA MENANGIS SEPANJANG MALAM" aku tersangat setuju dengan statement ni..mungkin sebab aku yg laluinya sebagai seorg wanita.. bile dpn org ramai, aku senyum,gelak sedangkan hati aku gelisah dn dalam kesedihan..tapi wanita ni xlemah, dia akan cuba rahsiakan dari seorg lelaki yg gagah yang dia sebenarnya sedang bersedih..Tak percaye??? Ikut suka hatila..mungkin kaum adam agak ego dan bajet macho bile berbicara soal cinta, tetapi tidak bagi seoarang wanita..dia akn ukir senyuman dan berkata cinta itu indah disisi orang yg tersayang..sedangkn sisi lainnya, mungkin dia sdg bersedih lelaki itu tidak menghargai dia..meskipun ada lelaki lain yg lebih baik dan mampu membahagiakan dia, tetapi hatinya percaya pada lelaki yang dicintainya bahawa lelaki itu akan berubah dan itula lelaki yang betul buat dirinya..tak percaya lagi kaum adam???? hmmm,terserahlaaa pada anda~ aku cuma menyampaikan, terpulang nak menerima atau buat2 EGO lagi..

  Seterusnya,nk share info lagi..search kat google lagi smbil  aku tersenyum :)

1. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
2. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”3. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”4. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”5. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


   Subhanallah~ Bertuahnya menjadi wanita..Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..Insyallah.. pesanan aku untuk kaum adam, hargaila wanita seperti kau jage mak kau.. Aku penah tengok kawan aku nangis gile2 semuanya sbb laki..dlm hati aku, buta ke laki ni,kawan aku punya baik,cntik,kau sia2kn mcm 2 je??? skrg,kawan aku 2 dh jumpe laki yg baik..Alhamdulillah~ Hati wanita ni macam satu balang kaca..Sekali dia pecah, kalau cantum balik, takkan seindah dulu.. Rasenya smpai sini je la..Insyallah,klau ada maklumat lagi,aku share dekat blog ni.. Asalamualaikum :)